Thursday, January 26, 2012

INFO PAGI..

Petikan daripada 'Facebook' Dato' Dr. Hj. Mohamad Fadzilah Kamsah...

 Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA
Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA
Org pandai TAHU, yang bijak AMALKAN
Yang pandai SIMPAN yang bijak SAMPAIKAN
Yang pandai MUDAH MELENTING, yang bijak RESPON DGN HIKMAH
Yang pandai belajar daripada silap SENDIRI yang bijak belajar daripada silap ORANG LAIN. Yang pandai PENTINGKAN DIRI, yang bijak PENTINGKAN ORANG LAIN
Yang pandai HEBAT DI DUNIA, yang bijak HEBAT DI DUNIA & AKHIIRAT.

 Orang bijak tahu: dengan bantu orang untuk berjaya, kita juga akan berjaya. 
Bantuan Allah datang kepada orang yang bantu orang lain dengan ikhlas. 
Mari sama2 kita jadi orang yang BIJAKSANA
Wassalam.

Thursday, January 19, 2012

BERSEGERA LAKUKAN AMAL KEBAIKAN ELAK TIMBUL FITNAH


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ

أَشْهَدُ أَنْ لَّاإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

ALHAMDULILLAH, kita telah pun berada di minggu kedua dalam bulan Muharram. Dengan kalimah tahmid kita panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi peluang dan memakbulkan doa untuk bertemu serta meneruskan perjuangan dalam kehidupan bersama tekad di tahun baru 1433 Hijriah. ketika menyedari bahawa kita sudah berada di lembaran baru dalam catatan diari hijrah ini, sesekali terasa ibarat dikejutkan daripada tidur yang lena. Begitulah pantasnya masa setahun berlalu meninggalkan kita. Masih teringat azam tahun lalu yang masih belum dapat ditunaikan sebahagian atau kesemuanya. Terkadang  timbul penyesalan sedangkan masa berlalu tidak akan kembali lagi. Pepatah Melayu menyebut, ‘sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.’ Kedatangan tahun baru seperti ini bukan untuk dikesali tetapi diinsafi dan membangkitkan semangat bagi mengorak langkah yang lebih bererti.

ISLAM memerintahkan umatnya untuk bersegera dalam melakukan kebaikan kerana ia akan memberikan ketenangan jiwa dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Dalam hal ini, Allah berfirman:

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾
 
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” – (Surah Ali Imran, ayat 133).

Muslimin mukminin yang berbahagia,

Islam ialah Ad-Din iaitu cara hidup yang penuh dengan amal, menggalakkan umatnya sentiasa bergerak aktif, kreatif dan inovatif serta berkualiti dalam melakukan sesuatu amalan. Islam tidak menghendaki umatnya menjadi umat yang lemah, rendah diri dan berdiam diri.

Dalam Islam, kerja keras sedemikian adalah terhormat, amalan bersegera sedemikian diiktiraf, manakala bersikap pasif dan malas amat dilarang Islam. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sering berpesan kepada umatnya supaya tidak mensia-siakan waktu yang terluang yang berlalu begitu saja tanpa pengisian amal yang terbaik. Setiap Muslim hendaklah menginsafi bahawa waktu yang sedang berlangsung ini sangat berharga dan tidak dapat diganti sama sekali.

Kekosongan yang tidak diisi dengan amal kebaikan akan terisi oleh keburukan dan begitu juga, kesempatan yang tidak diambil akan segera terlepas daripada tangan. Allah memberi panduan supaya setiap Muslim setelah selesainya menunaikan satu amalan, maka waktu yang kosong hendaknya diisi dengan amalan lain yang berfaedah dan berkebajikan. Bukankah Allah SWT berfirman:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ﴿٧﴾

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain). – (Surah al-Insyirah, ayat 7).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kemajuan dan kemunduran seseorang, bahkan martabat sebuah bangsa sangat bergantung rapat pada kesediaan mereka dalam bersegera melaksanakan pekerjaan dan aktiviti produktifnya. Semakin lambat mereka menyelesaikan masalahnya, semakin terencat pula kemajuannya, sebaliknya semakin cepat mereka menerajui aktivitinya, maka kemajuan akan segera berada di depan mata.

Justeru, pekerjaan yang biasa kita lakukan di pagi hari, tidak selayaknya kita tunda sehingga petang hari dan begitu juga, kerja yang biasa kita selesaikan pada siang hari, adalah sangat malang jika kita fikirkan untuk menyelesaikannya pada malam hari pula.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti hari ini dengan sebaik-baiknya kerana kita ditentukan oleh hasil kerja kita pada hari ini. Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

“Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda; Bersegeralah melakukan amal salih (kebajikan), (kerana) akan berlaku fitnah seumpama malam yang gelap gelita. Dalam keadaan itu, terdapat seseorang pada paginya mukmin, petangnya menjadi kafir dan begitu juga sebaliknya seseorang yang petangnya kafir, kemudian pada sebelah paginya, dia menjadi mukmin. Dia menjual agamanya demi kepentingan dunia yang sedikit. (Hadis Riwayat Muslim).

Muslimin mukminin yang dikasihi,

Dalam hadis ini Nabi SAW menggesa umat Islam memperbanyakkan amalan salih dan bersegera melakukannya serta tidak menangguh amalan terbabit. Akan datang satu masa nanti berlaku fitnah atau malapetaka besar yang menjadi penghalang bagi seorang mukmin melaksanakan amalan kebaikan. Fitnah itu berlaku tanpa diketahui sebabnya dan ia merebak dalam kehidupan manusia tanpa disedari. Malah, mereka tidak dapat menghalang apatah lagi meninggalkannya. Ia umpama malam yang gelap gelita. Pada ketika itu, manusia sibuk menghadapi fitnah ini, maka terhenti amalan kebaikan yang sepatutnya dilakukan demi menjamin kejayaan dunia dan akhiratnya.

Kedahsyatan fitnah dan malapetaka ini berlaku sehingga seseorang Muslim itu menjadi seorang mukmin pada sebelah paginya dengan mendirikan solat, mengerjakan ibadat dituntut, mendirikan syiar Islam, akan tetapi pada waktu petangnya kufur kerana melakukan perbuatan syirik kepada Allah SWT. Hal ini kerana imannya tidak kukuh, sekukuh iman para sahabat yang dididik Rasulullah SAW. Kelemahan iman ini menyebabkan seseorang itu menjual agamanya semata-mata ingin mendapatkan habuan dunia bersifat sementara.

Akhirnya, neraca penilaian di dalam diri seseorang menjadi songsang, sehingga beliau melihat dunia sebagai matlamat utama, dan melihat kebahagiaan akhirat tiada nilai. Kedahsyatan fitnah dan malapetaka ini, menyebabkan iman seorang Muslim itu berdolak-dalik. Sesungguhnya fitnah itu amat berbahaya dan dapat bergerak dengan pantas. Sekali kita membiarkannya maka selanjutnya ia bertapak dan berkembang dalam tubuh kita. Begitu cepat sehingga menyebabkan seseorang bertukar agama, menggadaikannya dengan kesenangan dunia. Maka tidak hairanlah Rasulullah SAW memperingatkan sahabat dan umatnya sewaktu mendepani perjalanan hidup yang penuh cabaran.

Sidang Jumaat yang dirahmatiAllah,

Selanjutnya, pintu fitnah ini boleh ditutup dengan amal salih. Apa saja dilakukan dalam hidup seorang Muslim akan menjadi amal kebaikan. Bercakap benar dan tidak bohong itu amalan mulia. Mendoakan kesejahteraan untuk saudara seislam tanpa pengetahuan mereka, juga amal salih dan lain-lain amalan kebaikan yang berlangsung dalam setiap sendi kehidupan umat sejagat. Allah SWT Maha Adil kerana memberi peluang kepada hamba-Nya, baik miskin mahu pun kaya, masing-masing memiliki kesempatan melakukan amal kebajikan dan mendapat keredaan. Lebih daripada itu, sesuatu amal tidak dilihat dari sudut kuantiti, tetapi dilihat dari sudut kualitinya, iaitu motivasi dan niatnya. Pendek kata, kualiti amal seseorang itu amat bergantung kepada motivasi dan niatnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sumber dipetik daripada Pentadbir Web Jabatan Agama Islam Perak. (Khutbah 9 Disember 2011)

Tuesday, January 17, 2012

CERAMAH PERDANA GENERASI MUDA

CERAMAH PERDANA GENERASI MUDA 1433H

Anjuran :-
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bersama Gerakan Belia (4B) Langkap dan Persatuan Belia Generasi Baru Langkap

TARIKH :- 19 JANUARI 2012 (KHAMIS)
MASA :- 9.00 MALAM
TEMPAT :- PADANG BOLA SEPAK, KG. ATTA DURI, LANGKAP, PERAK

PENCERAMAH :-
AL- HAFIZ USTAZ MOHD KAZIM BIN HJ. ELIAS

TAJUK CERAMAH
ORANG MUDA DULU DAN KINI…
TANGGUNGJAWAB PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

 

YAKIN BOLEH..!!



Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita, menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh, InshaAllah...!

(Petikan diambil daripada wall facebook Zaharuddin.net)


Monday, January 16, 2012

KESOMBONGAN JAHILIYYAH

Tanya Ustaz Kazim

(Sila Klik Imej untuk mendengar pengajian yang disampaikan oleh Ustaz Khazim)

Nama Penceramah :- Al-Fadhil Ustaz Mohamad Khazim bin Elias
Tempat :- Surau Al-Iman, Kemensah Height (Hulu Klang)
Kitab :- HIDAYATUL MUTAFAKKIRIN (Siri 15)

Sunday, January 15, 2012

SEGERA BERIBADAT SEBELUM TIBA MASA...

Tanya Ustaz Kazim

(Sila klik imej untuk mendengar pengajian bersama Ustaz Khazim)


Nama Penceramah :- Al-Hafiz Ustaz Mohamad Khazim bin Elias
Tempat :- Masjid As-Sobirin, Keramat  
Kitab :- BAHRU AL-MADZI (Jilid 16 Siri 03)




Siri Pengajian ini di petik daripada sumber Youtube

Monday, January 9, 2012

Ilmu..



Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yang gelap! 
Justeru, 
Mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. 
Seperti biasa kita cuci hati dengan jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan orang, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang seperti kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir... 

(Petikan daripada wall Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)